Setiap kali hujung bulan, mesti nak kena langsaikan semua masalah. Topup telefon, dan tak lupa jugak nak window shopping (sikit je). Tapi nasib baik semester ni x banyak kelas. Jadi duduk kat umah. tak nak kena pikir lagi duit sewa rumah, bil elektrik dan air dan makan minum
Tapi masalah utama yang perlu di pikirkan kalau nak pergi shopping ialah duit. Ye la kan sebab setiap barang yang nak beli semua bajet tinggi, jadi kalau dah tak ada duit, duduk diam-diam kat rumah je la.
Tapi macam mana nak cari duit lebih (macam side income). Kalau nak main KUTU best gak tapi lambat sangat nak kena tunggu, masa dapat tu memang seronok, pastu time nak kena sambung bayar balik kat semua orang tu yang menyeksakan.
nak harapkan duit loan bape jer setelah ditolak2. Dah naik muak asyik ke ATM tengok baki wang tak bertambah.
Moral di sini ialah ‘ukur baju di badan sendiri‘. Jangan nak boros. Kalau tak ada duit buat cara tak ada. Jangan nak over pulak, beli sekadar yang termampu je. Dari buang duit entah ke mana, baik simpan untuk kawen lagi bagus.
Meh feeling sikit. Jom menyanyi sama-sama (ikut mcm lagu P.Ramlee – Di Mana Kan Ku Cari Ganti)
Di mana, kan ku cari duit
Serupa dengan nilai mu
Tak sanggup ku menggunakan
dan boros, nanti hidup terjamin
Alangkah, duit dah tak ada
Apa pun, tak boleh buat
…………………………
huhu…korang sambung la sendiri lirik tu yaa
Perkara ni dah lama ku fikirkan, mungkin ketika masa menengah rendah lagi. Ok straight to the point, malas nak berkias-kias dalam entri kali ni and be serious. Persoalan yang setiap kali timbul dalam fikiranku ialah ‘Kemana Hala Tuju Pelajar Selepas Tamat Pengajian’. Setiap tahun dianggarkan lebih 200,000 graduan yang menganggur setelah menamatkan pengajian tidak kira bidang (kelayakan) dan peringkat pengajian samada sijil, diploma, ijazah dll. di semua IPTA mahupun IPTS seluruh negara daripada jumlah keseluruhan 923,000 pelajar pada tahun 2009.
Statistik graduan menganggur ini meningkat dari tahun ke tahun. Bukankah satu kerugian pada negara jika generasi muda tidak diberi perhatian untuk menyumbangkan tenaga, idea-idea baru dan segar, pendapat yang bernas yang dapat merangsang perkembangan ekonomi negara. Rata-rata graduan yang menganggur memiliki kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan. Jadi mengapa isu pengangguran masih lagi timbul dikalangan graduan.
Apakah faktor pengangguran dikalangan graduan. Adakah disebabkan :
- Kurang pengalaman
- Peluang pekerjaan terhad
- Salahkan diri sendiri (malas)
- Terlalu memilih pekerjaan, gaji dll.
- Tidak diberi/merebut peluang pekerjaan yang ada
- Persaingan dikalangan graduan semakin sengit dan kompetitif
- atau salahkan kementerian/kerajaan kerana tidak mengambil berat tentang isu pengangguran
Siapakah yang patut di persalahkan dalam konteks ini? Apa pendapat anda. Bagi yang masih belajar, pernahkah anda berfikir mengenai isu ini.
Tebu atau nama saintifiknyaSaccharum officinarum adalah tanaman utama yang digunakan untuk menghasilkan gula. Dalam proses membuat gula, hasil sampingan (buangan) yang terhasil dipanggil sugarcane dregs atau hampas tebu.
Bahan buangan ini tergolong dalam kelas karbon yang diaktifkan.
Karbon ini mempunyai liang mikro yang berupaya menyerap gas dari bahan bakar petroleum (petrol fuel gases) yang dihasilkan daripada kenderaan bermotor yang berbahaya kepada orang ramai.
Hampas tebu yang tidak mempunyai nilai komersial dimasukkan ke dalam botol air mineral yang diguna semula dan gas yang mengandungi bahan pencemar disalurkan ke dalam botol tersebut.
Objektif kajian ini adalah untuk mengukur keberkesanan hampas tebu dalam menyerap partikel pencemaran dari udara.
Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa karbon yang diaktifkan dalam hampas tebu mampu menurunkan jumlah karbon monoksida dalam udara sebanyak 74.51 peratus , nitrus oksida sebanyak 29.35 peratus dan hidrokarbon yang tidak terbakar sebanyak 58.07 peratus
Keputusan ini menunjukkan bahawa bahan buangan dari proses pembuatan gula boleh digunakan dalam usaha mengurangkan pencemaran udara.