Tentang Masyuk Studio

test

Idea pembuatan Masyuk Studio mula timbul pada awal tahun 2010 dan mula dibina pada awal bulan Februari 2010 oleh Mohd Rasul Bin Abu Hanipah atau lebih mesra dipanggil Acul selaku pentadbir utama Masyuk Studio. Pada awalnya Masyuk Studio ingin dijadikan sebuah laman komuniti tetapi perancangan tersebut telah dipinda dan kini terjadinya sebuah laman yang berteraskan teknologi, multimedia, grafik dan fotografi untuk dikongsikan kepada para pengunjung. Di Masyuk Studio kami menyediakan pelbagai tutorial-tutorial, teknik-teknik, dan tips mengenai multimedia, grafik, komputer dan banyak lagi malah pengunjung juga boleh berkongsikan kemahiran mereka kepada pengunjung yang lain melalui ruangan forum.

Apa yang ingin disampaikan di Masyuk Studio adalah ingin menjadikan sebuah laman ilmu setanding dengan laman-laman web di luar negara yang menyediakan pelbagai bahan ilmu kepada pengunjungnya. Impian pentadbir ialah ingin menjadikan laman Masyuk Studio ini sebagai gedung ilmu mengenai multimedia dan teknologi kepada para pengunjung dan seterusnya menjadi medium utama kepada para pelajar dan juga tenaga pengajar untuk melahirkan lagi golongan bijak IT, Insyaallah.


Tulang Belakang Masyuk Studio

pentadbir
Mohd Rasul bin Abu Hanipah | Pentadbir

Mohd Rasul bin Abu Hanipah atau lebih mesra dengan panggilan Acul adalah bekas pelajar Politeknik Johor Bahru (PJB) tahun 2005 - 2006 jurusan Rekabentuk Grafik dan kini menetap di Shah Alam, Selangor. Beliau telah berkecimpung didalam dunia rekabentuk selama hampir 6 tahun dan berpengalaman di dalam kerja grafik dan rekabentuk laman web hampir 4 tahun dan ketika ini sedang berjinak-jinak dalam bidang fotografi.






top