Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan laman web serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan di laman web Masyuk Studio ini.
Sekiranya anda mengakses laman web Masyuk Studio, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pengguna, dan kami, bagi akses dan/atau penggunaan laman web Masyuk Studio.
Kami mungkin menukar terma dan syarat-syarat ini pada bila-bila masa dan kami akan berusaha dengan sedaya upaya untuk memberitahu anda, namun kami mengharapkan supaya anda sendiri mengkaji terma dan syarat-syarat ini secara tetap selama penggunaan laman web Masyuk Studio secara berterusan setelah perubahan dibuat bermakna anda bersetuju untuk terikat di sisi undang-undang oleh terma dan syarat-syarat ini setelah ia dikemaskinikan dan/atau dipinda.
Anda dengan jelas memahami dan bersetuju sebagai pengguna laman Masyuk Studio dan bertanggungjawab ke atas syarat yang disediakan. Antara syarat penggunaan bagi laman web di dalam talian Masyuk Studio adalah seperti berikut :-
1. Tidak membuat sebarang kiriman bahan yang mengandungi kata-kata kesat, lucah, tidak beradab,
memfitnah, menaikkan kebencian, mengugut, berdasarkan seksual
2. Tidak membuat kiriman bahan-bahan yang telah dihakcipta terpeliharan(copyright) seperti lagu, video,
movie, perisian dan seumpamanya
3. Mengambil atau memuat turun sebarang grafik yang ada pada laman web Masyuk Studio tanpa
kebenaran
4. Membuat kenyataan palsu, tidak benar dan memburukkan Masyuk Studio
5. Menjadikan Masyuk Studio sebagai medium untuk memperburukkan sesuatu badan, organisasi,
persatuan, dan seumpamanya
6. Tidak membuat kiriman bahan yang mengandungi bahan lucah, politik, seksual, keganasan dan
sebagainya
Kami boleh menyediakan pautan kepada laman web (web) yang lain. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, kami tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau sumber tersebut.
Kami boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuatkuasa serta-merta. Kami boleh juga menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan laman web menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.
Kami mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan laman web atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana kami mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa notis terdahulu kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.
Kami mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.
Tajuk-tajuk yang digunakan di bawah syarat-syarat ini hanya untuk rujukan dan tidak boleh diambilkira dalam tafsiran syarat-syarat ini.
© 2010 www.masyuk.com.my. Hakcipta terpelihara. Terbaik dilihat dengan menggunakan Firefox. Terma & Syarat